Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Pada tahun 1957 beberapa orang telah mula meneroka kawasan dan membina penempatan baru. Mereka telah menamakan tempat tersebut dengan nama Kampung Sungai Pandan. Nama tersebut diambil sempena dengan sebatang sungai dan pokok-pokok pandan yang banyak tumbuh di persekitaran sungai tersebut.

Pada awal tahun lapan puluhan, nama tersebut dipendekkan mengikut arus pembangunan dan ditukar kepada nama baru iaitu "Kampung Pandan Satu".



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017


'Digi Awareness Talk'

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2016

Program CyberSAFE bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan pengguna ketika menggunakan internet....baca selanjutnya

PROGRAM INTERVERSI PEMERKAKASAN KELUARGA DAN KOMUNITI (FACE)

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2016

Program Klik Dengan Bijak bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan menggunakan internet.....baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Sambutan Hari Kanak-kanak anjuran Petrosains

Aktiviti Terkini | 25 - 27 November 2016

Pihak pengurusan PI1M diberi peluang untuk bersama-sama terlibat dalam Sambutan Hari Kanak-kanak anjuran pihak Petrosains. Tujuan aktiviti ini disertai adalah untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia, program E-waste & Klik Dengan Bijak kepada para pengunjung...baca selanjutnya

Karnival Amal Kesenian, Kebudayaan & Asas Tani

Aktiviti Terkini | 14 - 16 Oktober 2016

Karnival ini memberi peluang kepada pihak PI1M memperkenal dan mempromosikan PI1M disamping memberi pengetahuan kepada orang ramai untuk melupuskan barang-barang eletronik melalui program e-waste...baca selanjutnya

Digi Cybersafe

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Aktiviti ini adalah untuk memberi maklumat berkaitan kebaikan dan keburukan penggunaan Internet. Dengan adanya aktiviti ini, pelajar lebih berhati-hati ketika menggunakan internet selepas mendengar taklimat...baca selanjutnya

PROGRAM LETZHOP

Aktiviti Terkini | 24 September 2016

Pihak PI1M telah memberi maklumat mengenai keselamatan siber kepada para pelajar dan guru dan memberi kesedaran kepada mereka tentang keselamatan siber...baca selanjutnya

DIGI CYBERSAFE IN SCHOOL

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2016

Pihak PI1M telah memperkenalkan mengenai program cybersafe...baca selanjutnya

PERTANDINGAN VIDEO KREATIF KESIHATAN REMAJA 2016

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2016

Untuk makluman, MCMC melalui Bahagian Advokasi dan Jangkauan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan ‘Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016’...baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M KG PANDAN

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2016

Pihak PI1M telah mengadakan Hari Terbuka bersama-sama pengunjung bertujuan untuk memperkenalkan PI1M kepada komuniti sekitar PI1M Kg. Pandan...baca selanjutnya

KDB DI JAJAHAN DUA RODA KUANTAN

Aktiviti Terkini | 15 Mei 2016

Pihak PI1M telah mengadakan program KDB bersama golongan belia...baca selanjutnya

Pengenalan Kepada Perniagaan & Komunikasi Melalui Internet
(Program Bersama Pelajar UMP & PI1M Kg Seri Damai)

Aktiviti Terkini | 24 April 2016

Aktiviti pada bulan ini adalah pengenalan kepada perniagaan & komunikasi melalui internet (program bersama Pelajar UMP & Pi1M Kg. Seri Damai). Sebelum program dimulakan, para peserta diberikan sedikit taklimat berkenaan Klik Dengan Bijak. Taklimat ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada para peserta tentang keselamatan melayari internet. Pelajar UMP memberi sedikit pengenalan kepada perniagaan serta mengajar para peserta dalam menubuhkan akaun media sosial seperti Twitter, Instagram dan Facebook. Para peserta telah diberi peluang untuk mempraktikkan cara-cara mempromosikan produk mereka...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS MENGGUNAKAN PAINT SEKOLAH RENDAH

27 Mac 2016 | Aktivit Terkini

Pihak PI1M telah mengadakan pertandingan melukis menggunakan aplikasi...baca selanjutnya

HARI TERBUKA AKTIVITI BPM PPAK SOI PARLIMEN KUANTAN

27 Februari 2016 | Aktivit Terkini

Pihak PI1M telah dijemput bersama-sama melibatkan diri dalam program...baca selanjutnya

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

site visit oleh Dr Mazlan Bin Ismail

29 Januari 2016 | Aktivit Terkini

Pihak PI1M dengan sukacitanya telah menerima lawatan oleh DR Mazlan Bin Ismail ...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Masa | Berita Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti