Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1957 beberapa orang telah mula meneroka kawasan dan membina penempatan baru. Mereka telah menamakan tempat tersebut dengan nama Kampung Sungai Pandan. Nama tersebut diambil sempena dengan sebatang sungai dan pokok-pokok pandan yang banyak tumbuh di persekitaran sungai tersebut.

Pada awal tahun lapan puluhan, nama tersebut dipendekkan mengikut arus pembangunan dan ditukar kepada nama baru iaitu "Kampung Pandan Satu".



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT INDERA MAHKOTA, KUANTAN

Aktiviti Terkini | 09 Ogos 2018

Program ini dijalankan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan cara penggunaan alat pemadam api dengan betul. Latihan asas ini sangat penting untuk pengetahuan petugas PI sekiranya berlaku sebarang kebaran yang berlaku di PI masing-masing....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK ASTANA

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2018

Program Advokasi ini melibatkan lebih 300 orang pelajar sekolah dan guru yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat usia. Satu pameran telah dijalankan pada hari berkenaan yang melibatkan beberapa orang staff PI di mana pameran tersebut telah mengetengahkan pelbagai aktiviti dan perkhidmatan yang disediakan di PI seperti Program KDB, E-Waste, Check Your Label dan juga Robotik anjuran Digi-Petrosains. Kuiz uji minda juga turut diadakan pada hari berkenaan....baca selanjutnya

KUASA VIRAL DI LAMAN SOSIAL DALAM BIDANG PERNIAGAAN

Aktiviti Terkini | 05 Julai 2018

Program ini anjuran Kelab Usahawan dan Kesukarelawan Kuantan (KUIK) dengan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Negeri Pahang (DPMM)....baca selanjutnya

RUMAH TERBUKA PUSAT INTERNET KAMPUNG PANDAN

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Program ini bertujuan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama ahli serta para pengunjung Pusat Internet Kampung Pandan...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI HARI TERBUKA PI1M SERI DAMAI

Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018

Tujuan utama program adalah untuk memberi kesedaran tentang pentingnya etika ketika menggunakan internet secara selamat disamping memperkenalkan PI1M kepada warga sekolah dan pelajar. Para pelajar dapat mempelajari sedikit sebanyak tentang kepentingan melayari internet dengan lebih bijak....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M FELDA LEPAR HILIR 1, FELDA BUKIT SAGU, KG PANDAN, SERI MAHKOTA JAYA & PAKR PANCHING

Aktiviti Terkini | 21 April 2018

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Felda Lepar Hilir 1, Felda Bukit Sagu, Kg Pandan, Seri Mahkota Jaya & PAKR Panching diadakan untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan sekitar kawasan setempat. Ia juga bertujuan untuk menjalankan hubungan yang baik diantara penduduk setempat dan staff PI1M. Program hari terbuka ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kepada ahli-ahli PI1M dan penduduk taman kerana selalu memberi kerjasama kepada pihak PI1M dalam setiap aktiviti yang dijalankan....baca selanjutnya

BENGKEL E-USAHAWAN

Aktiviti Terkini | 08 Mac 2018

PI1M Kg Pandan dan Kg Seri Damai bekerjasama dengan pihak Amanah Ikhtiar untuk membantu usahawan sekitar PI1M bagi memberi peluang kepada mereka untuk memperluaskan lagi pasaran perniagaan mereka dengan menggunakan platform media sosial. ...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI PI1M SEMAMBU

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2018

Pihak PI1M mengadakan aktiviti bersama ahli, mengadakan aktiviti yang berkonsepkan pendedahan kepada keselamatan internet...baca selanjutnya

SERAMBI TERUNTUM RUN 2018

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2018

Program ini dianjurkan oleh pihak Majlis Perbandaran Komuniti untuk menaikkan nama Serambi Teruntum dan dan memperkenalkan usahawan kepada pengunjung...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti