Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Pada tahun 1957 beberapa orang telah mula meneroka kawasan dan membina penempatan baru. Mereka telah menamakan tempat tersebut dengan nama Kampung Sungai Pandan. Nama tersebut diambil sempena dengan sebatang sungai dan pokok-pokok pandan yang banyak tumbuh di persekitaran sungai tersebut.

Pada awal tahun lapan puluhan, nama tersebut dipendekkan mengikut arus pembangunan dan ditukar kepada nama baru iaitu "Kampung Pandan Satu".



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA KAKITANGAN JKR BUKIT PENGGORAK

8 & 9 Disember 2014

PI1M Kg Pandan telah mengadakan program Klik Dengan Bijak bersama kakitangan JKR BUKIT PENGGORAK. Pihak PI1M telah memberi pendedahan n tentang pentingnya selamat ketika melayari internet...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK

10 November 2014

PI1M Kg Pandan telah mengadakan program Klik Dengan Bijak bersama Tabika Kemas Kg Sri Damai. Pihak PI1M telah berkongsi dengan pelajar tentang keselamatan semasa penggunaan internet...baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK DAN PERTANDINGAN MEWARNA

17 Oktober 2014

PI1M Kg Pandan telah mengadakan program Klik Dengan Bijak bersama pelajar Tabika Kg Sri Damai. Pihak PI1M telah berkongsi dengan pelajar tentang keselamatan  semasa penggunaan internet...baca selanjutnya

KDB BERSAMA PELAJAR PELAJAR TABIKA KEMAS KG PANDAN

26 September 2014

PI1M Kg Pandan telah mengadakan program Klik Dengan Bijak bersama pelajar Tabika Kg Pandan. Pihak PI1M Kg Pandan berkongsi dengan pelajar tentang keselamatan  semasa penggunaan internet dan...baca selanjutnya

RUMAH TERBUKA PI1M KG PANDAN

24 Ogos 2014

PI1M Kg Pandan Telah mengadakan hari terbuka sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama pengguna PI1M Kg Pandan. Pelbagai juadah disediakan bagi meraikan hari tersebut...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEMBINA FACEBOOK PI1M KG PANDAN

26 Julai 2014

PI1M Kg Pandan Telah mengadakan pertandingan membina facebook kepada pengguna supaya pengguna dapat bersama-sama memperkenalkanPI1M Kg Pandan kepada rakan facebook mereka...baca selanjutnya

PERTANDINGAN KAMUS ONLINE

28 Jun 2014

PI1M Kg Pandan Telah mengadakan pertandingan kamus online kepada pengguna supaya dapat membantu pelajar.Sebelum pertandingan diadakan, pengguna diajar untuk memahirkan penggunaan kamus online.Pertandingan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pengguna sekolah rendah dan sekolah menengah...baca selanjutnya

PERTANDINGAN GUBAHAN SIREH JUNJUNG

23 Mei 2014

Pertandingan gubahan sireh junjung ini diadakan khusus untuk golongan wanita. Aktiviti ini dilaksanakan bagi melatih golongan wanita supaya mahir menggunakan aplikasi internet...baca selanjutnya

JELAJAH KDB PERINGKAT NEGERI PAHANG DI SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SG LEMBING

02 April 2014

Program Klik Dengan Bijak telah diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Sg Lembing. Program ini diadakan supaya dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang keselamatan menggunakan internet. Antara aktiviti yang diadakan ialah ceramah KDB, puzzle, teka silang kata, soal jawab dan menyanyi...baca selanjutnya

KEJOHANAN BADMINTON PI1M

14,15 & 16 Mac 2014 | Aktivit Terkini

Kejohanan Badminton Tertutup anjuran PI1M bersama Kelab Badminton RTK Kg Seri Damai. Kejohananan akan bermula pada 14hb Mac 2014 dan berakhir pada 16hb Mac 2014. Setiap pernyertaan adalah regu dan yuran dikenakan setiap pasukan sebanyak RM70. Terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kategori Vateran dan ketegori terbuka... baca selanjutnya

PERTANDINGAN MELUKIS POSTER ANTI DADAH

25 Februari 2014

Pertandingan Anti Dadah diadakan PI1M Kg Pandan, pelajar diberi pengenalan asas tentang bahayanya dadah. Peserta diminta untuk melukis poster Anti Dadah...baca selanjutnya

PERTANDINGAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

30 Januari 2014

Pertandingan azan dan mewarna diadakan sempena menyambut Maulidur Rasul. Aktiviti ini dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu kategori pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pertandingan mewarna bagi kategori pelajar sekolah rendah dan pertandingan azan bagi kategori skolah menengah...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti